Monday, October 26, 2009

Berkelah




Selepas masuk 5 bulan aku kerja tempat baru, akhirnya petang sabtu (24/10) aku memandu ke negeri jiran Pulau Pinang berjumpa kawan2 mase kerje company Premidon Construction, Juru...Itu pun setelah banyak kali cancel sebab masing2 ade komitmen...Semalam (25/10) jadi jgk kami berjumpa dan plan untuk berkelah kat waterfall menjadi jgk...venue nye ialah Sungai Sedim, kat negeri jiran lagi satu iaitu Kedah...Kami yang dimaksudkan bukanlah ramai jumlah orangnya, berempat jer...

Disebabkan aku x terlibat dalam penyediaan makanan, so aku pun offer la g sana bawak kete aku (company punya) lg pun minyak free ape nk kisah...sebelum tiba kt sana sempat jgk la silap jalan sebab masing2 x tau jalan...sampai sana terus tolong bakar ikan, mandi, makan nasi, mandi balik..lebih kurang pukul 5 kami gerak pulang...

lepas hantar dorang balik..aku pun terus balik ke sarang aku sekarang, bukit merah...so next plan dorg nk dtg bukit merah pulak...x tau lagi bila, aku x kisah asal kan mase tu dorang dah dapat gaji...

settle......

Thursday, October 15, 2009

Mengejar Masa



Kisah kali ini sepenuhnya berkaitan dengan kerja aku...

Itu hari aku kene kerja sampai pukul 8 malam...walaupun penat sesangat terpaksa jgk aku tunggu sampai habis...inilah hari terpanjang aku bekerja di site sejak kerja kat sini...tapi ianya satu pengalaman yang bagus jgk, tanpa perancangan awal lampu kereta terpaksa digunakan untuk menerangi kegelapan malam itu..x dilupakan lampu hanset pun berguna jgk...

Kerja lebih masa memang satu pilihan sekarang disebabkan projek ni dah terlambat dari yang dijadualkan..dlm bahase yang lebih mudah 'behind schedule'...selain nak 'kejar' balik progress supaya x ketinggalan lebih jauh (JKR dh bising), waktu skrg ni lah masenye nak pulun(ckp org utara) betul2 keje tu sebab cuaca sekarang sangat baik...sebelum tiba musim hujan hujung2 tahun nie....bila dah musim hujan, dia akan combo dgn musim banjir..so mase tu mgkin aku akan ada hobi baru...memancing.

skrg ni earthwork dh cecah 2km, 5km lg utk disiapkan...sekarang dh ada 2 team, dr alor pongsu satu team(baru 50m) dan dr bukit merah satu team (dah 2km), nanti bertemulah kat chainage mana2...

sampai sini dlu kisah kerja aku...

Thursday, October 8, 2009

Demolition Work Yang X Menjadi




Kisahnya ade kerja2 merobohkan bangunan lama kat Ipoh itu hari...aku x sedar pun sebenarnya (sbb aku x duduk ipoh) sampailah satu malam aku lalu area ni dan jalan jem...pelik jgk mulanya kenape jalan tu boleh jem, sampailah aku nampak bangunan yang dh roboh kat depan...rupa2 nya bangunan tu dh runtuh ke atas jalan raya kat depan tu..disebabkan excited dgn hal2 berkaitan bangunan ni aku pun bertanya dgn org2 yang stay kat ipoh pasal bangunan ni...dan aku dapat tau memang bangunan tu nak diruntuhkan tetapi bangunan tu dgn sendirinya rebah keatas jalan raya lalu menghempap sebuah kereta menyebabkan dua nyawa terkorban..(ada dilaporkan dalam paper ahad lepas)...keesokkan harinya aku lalu sekali lagi kat tempat kejadian untuk tgk dengan lebih jelas dan ambik gambar..kerja2 mmg dh x bleh jalan sampailah siasatan selesai...mungkinkan kesilapan manusia? satu iktibar boleh diambil dr kejadian ni. (especially pekerja2 dlm industri pembinaan) Al-Fatihah buat dua org mangsa kejadian....

*Teringat mase part2 belajar Demolition Work dengan En. Kamran...